Kelas ICT - Online Bankin (Public Bank)

11 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Ogos yang lalu, telah berlangsung Kelas ICT – Online Bankin bersama komuniti PPR Taman Beringin. Kelas telah diadakan selama 1 jam dari pukul 3.00 petang sehingga 4.00 petang.

Peserta merupakan suri rumah yang tidak mahir menggunakan komputer dan internet. Peserta ingin menggunakan komputer untuk membuat perbankan secara dalam talian bagi Public Bank. Peserta diajar untuk mendaftar buat kali pertama untuk perbankan secara dalam talian. Setelah selesai mendaftar, peserta telah meminta pengajar mengajar beliau untuk mengambil “bank statement” bagi rujukan untuk urusan rasmi beliau. Selain itu, Peserta juga diajar untuk memuat turun dan menyimpan fail tersebut di dalam telefon bimbit beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali